Tuesday, September 15, 2009

Raungan pilu ofismate aku....doakan beliau tabah mengharungi hari mendatang...

Wednesday, August 19, 2009

Malu tp mahu

Arini aku nk msak.Smlm aku da bli ayam sket, tige ringgit doposen, sayur 3 ikat due rnggit kt psr mlm.
Ye,psar mlm Gelang Patah,apsal,ko ngat Gelang Patah xde psr mlm???
mcm2 ada,jodoh pon ada...hahahaha

Aku kuakan ayam yg da beku x hengat tuh.Bwg mrh vs bwg ptih,kiub ikn blis,sayur aku siapkan atas meja.

Elok pas mnunaikn solat, i pon mule la nk msak.Mule2,ayam yg da xbeku td tu aku boh dlm mangkuk,bwk nek g uma edy tgkt 14 nek lif sbb....

Edy,aku nak serbuk kari ngn kunyit sket...
Amek la,dlm peti,garam dlm laci...

Hehehehe..aku x gaul lg,tggu smpi uma nnti la..
Aku da tkan lif nk trun,ttbe bukak je lif ade org...aku pon trus lari bwk mangkuk ayam tu gne tgge je trun...
malu la kot nek lif bwk mngkuk cmtu..huh

pastu pe lg,da smpai uma msak la,pe lg......

blurppp...knyng la kot...

Tuesday, August 18, 2009

sUnYi

Aku bangun cm bese,mnggeliat lebih kurng,pastu g mandi..mndi bese je, xperlu niat2.
cuci muke,cuci gg,cuci bdn..cuci2...pastu aku rs cm da lame aku mndi,osmet aku pun nak mndi g keje gak aku rs,tpakse la aku kua..
lap2,pkai pe yg ptut...alamak suboh da nk abeh,cepattttttttt!!!!!!done...

nk pkai bju ape ek?pkai je la pape pun..sme je,prut aku ttp gk nk mnonjolkan diri..huha...
ttbe hp aku bnyik,msg msuk,aku tau tu sape..

'askum,tmpng bleh?'..hehe..ayat sme tiap pagi aku dpt dr shukri,waktu yg sme tiap2 pagi.
aku rs msti die da set auto send kot..hihi

"bleh je..720 kawe tggu kt kete deh.."
"ok bro"

Smlm aku g tgk autoshow Lancer 2.0 GT kt bkuit indah..tgh2 aku layan kete tu dtg 1 kapel cine
x tua x mude,tgh2..
aku dh la bru pas mkn,ttbe rs nk muntah sbb
aku tnmpk pmpan tu pnye bulu ktiak,pnjg nk mampos,bnyk lk tu..SERABAI tak henget!!!!!

dh2..

Sunday, August 16, 2009

Aku...


Bile aku menulis,bukan untuk sesiapa
Sume dtg dari fikiran aku yg kdg2 kusut,kdg2 hepy,kdg2 blur,kdg2 mrh
Aku mohon ampun maaf,susun sebelas jari kut2 ade yg tsinggung

Aku bukanlah sempurna untuk memberi yg tbaik tp aku juge ciptaanNya
Aku adalah aku

Carchuck...Aku suke name tu sbb aku yg reka.
Aku jugak suke bile ade yg sebut name ni dlm pelbagai tonasi yg plik2
Tak kurg juge yg mengeji aku gune nama ni
bagi dorg,aku x serasi atau x ngam ngn nama tu
mungkin ade yg len lagi seswai kut untuk aku mnggmbarkan diri aku yg ensem tp rendah diri ni

wat eva...bahagia..ye,aku bahagia gune name nie
mungkin ini cara aku untuk mengisi makna bahagia
tp bagaimana org laen??adakah aku bahagia dgn kesedihan org lain???
itu bukan bahagia.........

Aku rasa aku sempit.sempit fikiran dan menulis dalam ruang yang sempit.
Biar Yang Lebih Kuasa mengadili.

Tuesday, July 21, 2009

.:IbU DaN BaPa:.

SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua.Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam
bentuk material dan hubungan kasih sayang.Ini bersesuaian dengan
fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

Memberi nafkah
Andai ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja,tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

Menyediakan tempat tinggal
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

Memberi kasih sayang
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini
dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas
sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa.Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra, ayat 24)

Memberi perhatian
Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan.Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua.Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

Memenuhi permintaan
Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu
keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang.

Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar
berkata: "Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: "Apakah
perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda bersabda: "Sembahyang pada waktunya." Kemudian apa?" tanya saya lagi. Baginda menjawab: "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya: "Apa lagi." Jawab Baginda:"Berjihad pada jalan Allah."


Melakukan apa yang disukai
Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka.Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam
kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: "Semua dosa akan
ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka,sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."


Bercakap dengan lemah lembut
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata 'cis' terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut." (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.


Menghadiahkan kejayaan
Jadi,jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa.Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.


Meluangkan masa bersama-sama
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.


Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan
mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka
meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka
terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah
jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan
diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya." (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin.Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

.:KeSaH HaNtU SeRaM:.

SERAM!!!!!!!!!!!!.....

.:KaRaNgaN BaHaSa BaEk PuNyE:.

Hehehehe..